ACO Group Memperoleh Tanah di JB Untuk Ibu Pejabat Baru

0 6

ACO Group Bhd membeli sebidang tanah industri di Johor Bahru dengan harga RM10.65 juta dari Plascable Polymer Sdn Bhd, untuk digunakan sebagai ibu pejabat korporat baharunya. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pengeluar bahan binaan itu menyatakan anak syarikatnya Actgen Industry Sdn Bhd menandatangani perjanjian jual beli dengan Plascable Polymer untuk baki tempoh pajakan selama 40 tahun. 

Tanah itu mengandungi kilang  satu tingkat terpisah dengan bangunan pejabat tiga tingkat, kilang berkembar satu setengah tingkat dan gudang berkembar satu tingkat. 

ACO mengatakan pihaknya memutuskan untuk membeli hartanah itu dengan menggunakan dana dan pinjaman bank, dan bukannya rancangan asal untuk membina kemudahannya sendiri, kerana alasan komersial. 

“Pembelian yang dicadang akan memungkinkan kumpulan untuk merancakkan rancangan pengembangannya dengan cepat, kerana hartanah akan tersedia untuk digunakan segera setelah selesainya pembelian yang dicadangkan dan memberikan penjimatan kos dan masa yang lebih untuk mengembangkan perniagaannya,” kata kumpulan itu. 

Ibu pejabat korporat yang baharu akan menempatkan pekerja pentadbiran di satu lokasi utama untuk meningkatkan kecekapan operasi, dan juga dapat menampung lebih banyak pekerja sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan perniagaan, katanya. 

ACO juga merancang untuk menggunakan hartanah itu sebagai hab pengedaran utama untuk pusat pengedaran semasa dan masa depan di Johor, Selangor, Pahang dan Pulau Pinang, untuk meningkatkan lagi kecekapan operasi dan skala ekonomi. 

Saham ACO ditutup tujuh sen atau 15.05% lebih rendah pada 39.5 sen hari ini, memberikan market cap kepada kumpulan RM118.5 juta. Kira-kira 26.78 juta saham didagangkan hari ini.

Diterbitkan oleh Zack Baharum

Leave A Reply

Your email address will not be published.