Willowglen Dianugerahkan Kontrak RM8.5 Juta Daripada TNB

0 10

Willowglen Msc Bhd telah dianugerahkan kontrak bernilai RM8.5 juta dari Tenaga Nasional Bhd untuk pembekalan, pemasangan dan pengujian unit terminal lapangan untuk projek automasi pengedarannya. 

Kontrak itu akan bermula pada 22 Julai dan dijangka selesai pada 20 Januari 2024, kata penyedia penyelesaian teknologi itu dalam kenyataan hari ini. 

“Kontrak tersebut diharap akan dapat memberikan sumbangan positif terhadap pendapatan dan aset bersih per saham kumpulan untuk tahun-tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2020 hingga 2023,” katanya. 

Saham Willowglen ditutup satu sen atau 1.03% lebih rendah pada 48 sen hari ini, dengan market cap sebanyak RM233.18 juta.

Diterbitkan oleh Zack Baharum

Leave A Reply

Your email address will not be published.