CPO Futures Dijangka Akan Didagangkan Lebih Tinggi Pada Minggu Hadapan

0 84

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (FCPO) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan lebih tinggi minggu hadapan, disokong oleh jangkaan permintaan yang lebih kukuh dari India menjelang perayaan Deepavali.

Pemilik dan pengasas bersama Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, Dr Sathia Varqa berkata Festival Cahaya, yang akan disambut pada 14 Nov, akan meningkatkan permintaan India terhadap tanaman emas dalam tempoh terdekat.

”Pedagang juga menjangkakan pengeluaran yang lebih lemah disebabkan musim hujan yang akan menyumbang kepada pengurangan stok di negara ini.

”Tambahan pula, mereka juga akan menunggu laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang akan dikeluarkan pada hari Isnin,” katanya kepada Bernama.

Pada Friday-to-Friday basis, kontrak niaga hadapan CPO bagi Oktober 2020 naik RM174 kepada RM3,020 per tan, November 2020 melonjak RM201 kepada RM2,967 per tan, Disember 2020 mengukuh RM203 kepada RM2,911 per tan, dan Januari 2021 mendaki RM191 kepada RM2,865 per tan.

Jumlah dagangan mingguan turun kepada 241,460 lot daripada 318,816 lot pada minggu sebelumnya, manakala open interest melonjak kepada 258,490 kontrak daripada 245,116 kontrak.

Di pasaran fizikal, Oktober South berjumlah RM3,010 per tan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.