Stok Minyak Sawit Mentah Meningkat Sedikit Pada Bulan September; MPOB

0 9

Stok minyak sawit mentah Malaysia (CPO) meningkat 0.40 peratus kepada 934,710 tan pada September daripada 930,990 tan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam laporannya mengenai prestasi industri itu bagi bulan September.

Ia berkata stok minyak sawit yang diproses meningkat 2.24 peratus bulan ke bulan (m-o-m) kepada 790,410 tan pada bulan itu daripada 773,070 pada Ogos.

Pada bulan tinjauan, pengeluaran CPO meningkat 0.32 peratus m-o-m kepada 1.87 juta tan daripada 1.86 juta tan sebelumnya, manakala output kernel sawit adalah 1.39 peratus lebih tinggi pada 466,080 tan daripada pengeluaran Ogos sebanyak 459,679 tan, tambahnya.

MPOB berkata eksport minyak sawit bertambah 1.88 peratus m-o-m kepada 161 juta tan berbanding 1.58 juta tan sebelumnya, manakala eksport oleokimia merosot 1.07 peratus m-o-m kepada 237,617 tan daripada 240,196 tan.

Eksport biodiesel Ogos melonjak 59.54 peratus m-o-m kepada 39,367 tan berbanding 24,675 tan, sebelum ini, manakala minyak isirung sawit dieksport sehingga 31.58 peratus kepada 134,714 tan berbanding 102,379 tan pada bulan sebelumnya.

MPOB berkata eksport kernel cake sawit meningkat 3.35 peratus m-o-m kepada 255,773 tan daripada 247,489 tan sebelumnya.

Diterbitkan oleh Zack Baharum

Leave A Reply

Your email address will not be published.