Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Bagaimana Kumpulan Reddit Menaikkan Saham GameStop

0 863

Kegilaan GameStop di Wall Street berkait rapat dengan pelabur, dan talian internet yang berskala besar, kepuasan maksima – tidak seperti filem seram yang bagus. Semua orang tahu kiamat semakin hampir untuk beberapa pemain utama; hanya yang bertuah akan muncul lebih kuat; dan penjahat mungkin dimusnahkan tetapi akhirnya akan kembali untuk sekuel seterusnya.

Watak Pelakon

Siapa penjahat dan siapa wira, dalam kes ini, bergantung sepenuhnya kepada perspektif anda.

Di satu sisi anda mempunyai band yang kebanyakan adalah day traders yang masih muda yang telah menyelaraskan Reddit untuk memacu harga saham syarikat-syarikat yang bergelut, termasuk GameStop (GME), tetapi juga BlackBerry (BB), Macy’s (M) dan AMC (AMC). Sekurang-kurangnya seorang pengguna Reddit menyiarkan bahawa dia akan membayar beribu-ribu ringgit untuk pinjaman pelajar dengan keuntungan GameStop beliau.

Di sisi lain anda mempunyai hedge funds dan short-sellers – mereka yang telah meletakkan pertaruhan bahawa saham syarikat akan terhempas. Mereka adalah elit Wall Street, jenis pelabur yang menjadi tempat bergantung berjuta-juta orang untuk membuat keputusan bijak bagi meningkatkan portfolio mereka. Tetapi mereka dihantui oleh banyak Millennials dan Gen Zers untuk mewujudkan sistem kewangan house-of-cards yang membawa kepada krisis 2008.

Kita sekarang, berpotensi, berada di klimaks filem ini: GameStop meningkat lebih daripada 1700% sejak awal Januari. Sesetengah platform dagangan, termasuk TD Ameritrade dan Robinhood, menyekat perdagangan di AMC dan GameStop. SEC dan White House pada hari Rabu berkata mereka sedang memantau keadaan.

Why is GameStop stock going up? Thank Reddit - Protocol — The people, power and politics of tech

Mengapa GameStop?

Halaman popular Reddit WallStreetBets gemar mensasarkan short-sellers. Ini adalah pertaruhan yang berani, dan taktik mereka, yang memberi pulangan lumayan, telah membakar reputasi mereka sebagai bloodsuckers dan lain-lain yang tidak dapat diterbitkan,

Tidak sukar untuk memahami mengapa seseorang akan short GameStop, bagaimanapun. Syarikat itu dijangka kehilangan wang tahun ini dan seterusnya. Pertumbuhan jualan yang lembap kerana gamers tidak perlu lagi pergi ke pusat membeli-belah untuk membeli permainan atau konsol. Sesetengah pelabur berpendapat bahawa GameStop telah dinilai dengan serius, terutamanya apabila permainan video telah menjadi kemestian pada era pandemik.

Lonjakan saham GameStop bermula atas sebab yang sah: Syarikat itu mengumumkan pada 11 Januari ia telah menambah tiga pengarah baharu ke dalam ahli lembaga, termasuk pengasas bersama Chewy, Ryan Cohen. Pelabur senang hati bahawa Cohen membawa pengalaman digital ke meja, sesuatu yang sebahagian besarnya brick-and-mortar dan GameStop sangat memerlukan, kerana permainan video berubah kepada digital dan pusat membeli-belah meneruskan kemerosotan mereka yang tidak berbelah bahagi sehingga menjadi tidak relevan.

Saham GameStop meningkat lebih kurang 13% pada hari tersebut. Tetapi ini bukan lonjakan yang normal tetapi hanya untuk seketika. Dua hari kemudian, ia meningkat 57%. Kemudian 27%. Minggu seterusnya, ia melonjak 10% sebanyak dua kali dan 51% hari seterusnya. Minggu ini, ia meningkat 18% lagi kemudian 93% dan lebih daripada dua kali ganda dari hari sebelumnya.

Sebab berlakunya dua kali ganda, kedua-duanya jauh dikeluarkan dari apa-apa yang berkaitan dengan kekuatan asas syarikat: Pelabur yang mengikuti kumpulan Reddit membeli dengan begitu banyak option GameStop, dan short-sellers terpaksa membeli saham untuk menampung bidaan mereka yang dalam kerugian.

Pada hari Rabu, sewaktu ketiga-tiga indeks saham utama jatuh, GameStop menamatkan kenaikan yang di luar jangkaan iaitu sebanyak 134%. Untuk perspektif: Satu tahun yang lalu, saham tunggal berharga kira-kira $4. Sekarang bernilai $200.

GameStop stock: Why the struggling retailer's stock is exploding - Business Insider

Bukan hanya GameStop

Kisah yang sama telah berlaku terhadap saham AMC, rantaian pawagam yang telah dihancurkan oleh pandemik. Saham permainan WSB baharu meningkat lebih daripada 200% pada hari Rabu selepas ahli-ahli lembaga Reddit dan pelabur di Robinhood menyebut tentang saham tersebut. Hashtag #SaveAMC trending di Twitter.

Kedua-dua saham AMC dan GameStop meningkat begitu cepat pada hari Rabu sehingga mencetuskan perhentian automatik yang direka untuk melindungi daripada volatiliti.

Mengapa ini berlaku sekarang?

Cara orang berdagang saham telah ditingkatkan oleh pertumbuhan aplikasi tanpa yuran seperti Robinhood. Teknologi itu telah mendemokrasikan pelaburan, memberikan pelabur kemudahan akses percuma dari cara bank tradisional  kepada instrumen perdagangan yang canggih, seperti option. Anda boleh membayar penganalisis untuk memberitahu anda apa stok untuk dibeli, atau anda boleh membuat akaun Reddit dan mengikuti forum seperti WallStreetBets. Berjuta-juta orang muda memilih untuk akses tersebut, yang sebahagiannya mencetuskan lonjakan secara tiba-tiba dalam GameStop dan AMC telah menarik perhatian veteran Wall Street dengan kejutan.

Apakah Option?

Option adalah pertaruhan pelabur yang diletakkan pada saham, membolehkan mereka membeli (call option) atau menjual (put option) pada harga tertentu. Ini membolehkan penglibatan ramai pedagang untuk memilih sama ada stock akan naik atau jatuh. Pelabur boleh meletakkan pertaruhan option yang agak murah dan menjual option tersebut apabila nilai meningkat atau harga saham semakin hampir dengan pertaruhan mereka. Walaupun membeli dan menjual option tidak sama dengan membeli dan menjual saham, jumlah option yang besar boleh mendorong stock naik atau turun, biasanya kerana pedagang option membeli atau menjual saham itu sendiri sebagai pelindung nilai. Dalam kes GameStop dan saham lain yang disasarkan oleh WSB, peniaga terus membeli option, meminta pelabur menjual option tersebut untuk melindungi nilai pertaruhan mereka dengan membeli saham GameStop.

Apakah Short?

Short-sellers adalah pelabur yang bertaruh bahawa saham akan jatuh. Mereka meminjam saham untuk dijual di pasaran dengan janji untuk membeli balik saham tersebut pada tarikh yang akan datang. Jika mereka memenangi pertaruhan, mereka menjual pada nilai tinggi dan membeli pada harga terendah, dan mereka akan beredar bersama wang di bank.

Jika mereka kehilangan pertaruhan, itu dipanggil short-squeeze, dan mereka sering melindungi nilai kerugian mereka dengan membeli lebih banyak saham syarikat yang mereka pertaruhkan.

Short Interest dalam GameStop melonjak ke arah akhir tahun, kerana pelabur bertaruh terhadap potensi pendapatan syarikat. Dengan berlakunya short-squeeze mega , short-sellers mula melindungi nilai pertaruhan mereka, membeli lebih banyak stock untuk melindungi kerugian yang semakin meningkat.

Api Semakin Marak

WallStreetBets, yang mempunyai lebih daripada 2 juta pengikut, dipenuhi dengan post yang bersorak tentang keuntungan saham dan kebanyakkannya mencatat keuntungan yang besar.

‘Apa yang saya fikir berlaku adalah bahawa anda semua memberi kesan yang begitu besar terhadap big players sehingga mereka bimbang untuk mencari kerja lain bagi mencari nafkah, ‘moderator menyiarkan dalam kumpulan minggu ini. ‘Sensasi yang anda rasai sekarang ini dipanggil RESPECT dan ia diperolehi dengan baik. Wall Street tidak akan menolak kehadiran anda lagi.’

Elon Musk muncul untuk menyertai sensasi tersebut pada hari Selasa dengan ciapan di twitter dengan satu perkataan – ‘Gamestonk!!’ – yang dikaitkan dengan WallStreetBets. Pelabur teknologi Chamath Palihapitiya turut menyertai kegilaan tersebut, membeli call option pada hari Selasa tetapi menutup kedudukannya pada hari Rabu, katanya kepada CNBC. Palihapitiya berkata beliau akan mendermakan keuntungannya kepada badan amal dan mempertahankan fenomena pelaburan runcit yang bermain di Reddit.

‘Daripada mengadakan ‘idea makan malam’ atau perbualan yang tenang di kalangan hedge funds di Hamptons, pemuda-pemuda ini mempunyai keberanian untuk melakukannya secara telus dalam satu forum,” katanya. ‘Apa yang dibuktikan ialah fenomena pelabur runcit ini ada di sini untuk kekal.’

Elon Musk | Biography & Facts | Britannica

Adakah ini ‘Bubble’?

Sudah pasti. Terdapat hujah bahawa GameStop telah dinilai undervalued, tetapi hampir tidak ada yang percaya bahawa GameStop, BlackBerry, Macy’s, AMC, atau mana-mana syarikat lain yang WSB promosikan mempunyai asas untuk menyokong harga saham yang melonjak ini. Pada satu ketika, realiti perlu ditetapkan. Tetapi itulah masalah dengan bubble- keluar terlalu awal, dan anda kehilangan peluang untuk cash out di atas. Jadi GameStop terus melonjak … sehingga ia tidak akan meningkat lagi.

GameStop saga adalah pertempuran sekolah baru vs sekolah lama, amatur vs profesional, pemberontak vs organisasi. Pada masa ini, anak-anak menang. Tetapi, seperti semua bubble, yang satu ini akan pecah pada satu ketika nanti.

Diterbitkan oleh Zack Baharum

Leave A Reply

Your email address will not be published.