Adakah Dataprep Holdings Berhad [8338] Diklasifikasikan Sebagai Pump & Dump?

0 3,428

Semenjak pasca Covid-19 bermula pada penghujung tahun 2019 sehingga kini, pasaran Bursa Malaysia sentiasa diwarnai dengan pelbagai cerita yang menarik serta kejutan dari beberapa PLC yang melakukan kenaikan harga diluar jangkaan. Pertambahan pelabur-pelabur baharu akibat kesan PKP yang dikuatkuasakan menjadikan volume semakin bertambah di dalam pasaran.

Terkini, Dataprep Holdings Bhd, melakukan kenaikan sebanyak 2500% sejak 15 Feb 2021  (di hitung dari harga terendah pada tarikh tersebut sehingga harga tertinggi pada 16 Mac 2021).

Euphoria Dataprep menjadi topik hangat di sosial media. Ramai pelabur meraih keuntungan yang berganda sehingga melahirkan jutawan segera kurang dari tempoh 1 bulan.

Namun begitu, langit tidak selalu cerah. Dataprep mula mengalami kejatuhan bermula pada 16 Mac 2021 sehingga mencapai harga terendah RM1.28 pada 23 Mac 2021. Kejatuhan sebegini telah mengundang pelbagai respon dikalangan para pelabur sehingga Dataprep dilabelkan sebagai kaunter Pump & Dump. Majoriti pelabur runcit sudah hilang keyakinan terhadap kaunter ini dan pelbagai ulasan diterbitkan di sosial media. Yang pasti, majoriti ulasan menjurus kepada persepsi negatif.

Penulis ingin membuat sedikit kajian berdasarkan teknikal dan fundamental. Dari segi teknikal, jelas kelihatan Dataprep telah kehilangan momentum untuk melakukan kenaikan semula dan berkemungkinan besar akan menyambung kejatuhan setelah berlaku short term recovery pada 23 Mac 2021. Adakah short term recovery tersebut hanya sekadar Dead Cat Bounce?

Tetapi ada sesuatu yang menarik minat penulis berkenaan volume action pada kaunter ini.

Berdasarkan gambarajah di atas, jelas sekali kejatuhan yang berlaku bukan akibat dari aktiviti pembuangan drastik oleh pelabur besar @ operator. Volume yang terhasil ketika kejatuhan berlaku teramat kecil jumlahnya berbanding volume yang dikumpul sewaktu berlaku kenaikan.  Dari pemerhatian ini, jelas sekali bahawa majoriti pelabur masih lagi memegang shares mereka dan pasti ada sesuatu yang membuatkan mereka kekal yakin bahawa Dataprep akan kembali meneruskan momentum kenaikan yang lebih tinggi. Kejatuhan yang berlaku mungkin akibat daripada aktiviti profit taking oleh short term/contra trader serta Proprietary Day Traders yang melakukan short sell. Pembetulan harga ini juga seharusnya berlaku kerana Dataprep telah melakukan lonjakan harga yang agresif (+2000%) dalam tempoh 1 bulan.

Selain itu, para pembaca juga boleh merujuk kaunter-kaunter yang sememangnya popular dengan aktiviti Pump & Dump bagaimana PVA (Price Volume Analysis) kaunter tersebut berbanding Dataprep.

Seterusnya, penulis ingin merungkai potensi Dataprep berdasarkan Fundamental. Penulis tertarik dengan satu artikel yang diterbitkan di salah satu laman sesawang yang popular dikalangan pelabur Bursa Malaysia. Di dalam artikel tersebut ada menyebut mengenai potensi harga masa hadapan Dataprep.

Berdasarkan artikel tersebut, merujuk kepada pengumuman pertama yang dikeluarkan di laman sesawang rasmi Bursa Malaysia pada 12 Mac 2021, Dataprep Holdings Berhad menandatangani Memorandum Of Collaboration bersama Asia Coding Centre Sdn Bhd.

Berdasarkan pengumuman tersebut, jelas tertera bahawa Dataprep Holdings Bhd menjalinkan kolaborasi bersama Asia Coding Sdn Bhd untuk projek Integrated Solution Technology for COVID-19 Screening untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Merujuk kepada pengumuman tersebut juga kolaborasi ini akan dimeterai untuk tempoh 3 tahun bermula 12 Mac 2021.

Penulis membuat carian lebih lanjut mengenai Asia Coding Centre Sdn Bhd dan telah menemui maklumat lebih lanjut berkaitan projek tersebut.

Justifikasi dari pengumuman 12 Mac 2021, penulis menemui sesuatu yang berkait dengan projek yang dinyatakan. Asia Coding Centre Sdn Bhd melalui Facebook rasmi syarikat tersebut, terdapat satu posting mengenai qPCR Covid-19 Test Solution. Model yang dinyatakan adalah Veri-Q Prep M16. qPCR ini mampu memberikan keputusan kurang dari satu jam untuk setiap ujian COVID-19 yang dilakukan. Jelas sekali peralatan yang dinyatakan pada posting tersebut adalah sesuatu yang lebih efisien berbanding rRT-PCR yang memerlukan masa 3 hari untuk memproses keputusan jangkitan Covid-19 yang sedang digunakan KKM pada waktu sekarang.

Hasil carian mengenai model qPCR tersebut, Asia Coding Centre Sdn Bhd dijangka akan menggunakan model VERI-Q PCR 316 yang dihasilkan dari Korea Selatan.

May be an image of text that says "Clinical* and Animal HBV Tropical Fever HCV Subtypes Coxiella burnetii powazeki Bacillus MTB typhus group Food Pathogen MTB/NTM Salmonella spp. Kit MTB/MDR Burkholderia pseudomallei Brucella melitensis monocytogenesK Burkholderia mallei NorovirusGIKit aureusKit Norovirus Kit Francisella tularensis (16/18) Kit Influenza (A/B/RSV) Holartica E.coli ETEC-ST Kit Influenza Virus (M/H5) cholerae (EPEC)Kit accinia enterocolitica African Swine Fever Virus 13 14 erfringens Componets TAB(Alicyclobacillus Detection Clostridium botulinum Variola 15 16 TAB(A acidoterrestris) Deion communis Rift valley virus Kit Kit 17 18 virus Marburg Hantaan Norovirus &GIlKit Lassa rRNA vulnificus induded Fever Panel (Pan/Pf/Pv). Detection Rnase haemorrhagic &Aacidocaldarius virus Samonella Oriental Tsutsugamushi fever Bartonella Burkholderia"

Berdasarkan rujukan, jelas sekali model VERI-Q PCR 316 bukan sahaja mampu mengesan virus Covid-19, tetapi juga virus-virus yang berisiko tinggi lain.

Seterusnya, penulis ingin mengulas mengenai pengumuman selanjutnya oleh Dataprep pada 15 Mac 2021.

Merujuk kepada announcement Proposed Acquisition terhadap dua anak syarikat Asia Coding Centre Sdn Bhd, iaitu Asia Solution Centre Sdn Bhd dan Asia Biomed Centre Sdn Bhd, Dataprep Holdings Berhad dijangka akan mengambil alih sebanyak 51% pegangan shares dari 2 syarikat tersebut.

Pada pendapat penulis, tujuan penubuhan dan pengambil alihan 2 anak syarikat Asia Coding Centre Sdn Bhd tersebut berkemungkinan besar berkaitan dengan pengumuman yang dilakukan pada 12 Mac 2021 berkaitan kolaborasi projek Integrated Solution Technology for COVID-19 screening.

Walaubagaimanapun, pengumuman tersebut masih dalam fasa proposal. Yang pasti, jika proposal tersebut terlaksana, maka pasti akan ada sesuatu yang lebih besar bakal diumumkan oleh Dataprep Holdings Bhd kelak.

Pada 18 Mac 2021, Dataprep telah mengeluarkan jawapan terhadap queries yang diajukan oleh Bursa Securities. Terdapat 10 queries dari Bursa Securities dan telah dijawab oleh Dataprep Holdings Berhad di dalam announcement tersebut.

Berdasarkan jawapan yang diberikan terhadap queries Bursa, Dataprep Holdings Berhad bersama Asia Coding Centre Sdn Bhd sedang berunding dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Tidak dapat disangkal lagi projek tersebut sudah pasti berkaitan dengan VERI-Q PCR 316 untuk COVID-19 screening seperti yang dijelaskan di dalam Memorandum of Collaboration.

Jika kita merujuk kepada permasalahan yang sedang dihadapi oleh KKM, jelas sekali kerajaan memerlukan sesuatu yang lebih efisien dan produktif untuk mengawal pandemik COVID-19 yang semakin kritikal penularannya.

Pada 26 Mac 2021, Dataprep Holdings Berhad menerbitkan announcement mengenai pengambil alihan shares secara rasmi sebanyak 51% terhadap 2 anak syarikat Asia Coding Centre Sdn Bhd iaitu Asia Solution Centre Sdn Bhd dan Asia Biomed Centre Sdn Bhd.

Berdasarkan announcement tersebut, dengan termeterainya pemgambil alihan shares sebanyak 51%, berkemungkinan akan ada sesuatu yang bakal diumumkan kelak dalam masa terdekat mengenai projek yang berkaitan. Adakah Dataprep Holdings Berhad bakal menjadi sebuah PLC yang bakal melibatkan diri di dalam sektor Healthcare? Adakah era euphoria sarung tangan getah yang berlaku pada tahun 2020 yang menyebabkan setiap syarikat yang mendapat tempias pada sektor tersebut mengalami lonjakan harga yang berganda bakal terjadi pada Dataprep?

Adakah dengan penglibatan Dataprep di dalam projek C0VID-19 screening ini akan merubah lanskap urusniaga syarikat dan bakal menjadi turnaround  pada potensi kewangan di masa hadapan?

Pada pendapat penulis, Dataprep masih relevan untuk meneruskan momentum kenaikan dalam masa terdekat seandainya syarikat berjaya memeterai projek bersama Asia Coding Centre Sdn Bhd. Hanya fact and figure sahaja yang bakal menentukan halatuju pergerakan harga saham Dataprep.

DISCLAIMER

Artikel ini adalah untuk tujuan kajian sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Diterbitkan oleh Zack Baharum

Leave A Reply

Your email address will not be published.