Kerajaan Memberi Lampu Hijau Kepada Kumpulan Boustead Untuk Meneruskan Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS)

0 108

Kerajaan telah bersetuju untuk Kumpulan Boustead meneruskan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang tertangguh sejak 2019 dengan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat itu.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada hari Rabu yang lalu.

Beliau berkata berkesinambungan dengan pembinaan itu akan menyelamatkan 1,600 pekerja yang terdiri daripada rakyat tempatan daripada kehilangan pekerjaan dan lebih 400 vendor terdiri daripada PKS Bumiputera.

“Jika pembinaan LCS ini tidak diteruskan, ia akan memberi kesan negatif kepada pekerja dan vendor Bumiputera yang terlibat.

”Ia juga akan menjejaskan Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang merupakan pemegang saham dalam Boustead Holdings Berhad,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Selain itu, Ismail Sabri berkata sekiranya projek itu tidak diteruskan, ia secara tidak langsung akan menjejaskan penyumbang yang merupakan anggota tentera dan bank yang memberi pinjaman kepada projek ini yang akan mengalami kerugian kerana Boustead Naval Shipyard tidak mampu membayar balik pinjaman.

Dilaporkan bahawa Kementerian Pertahanan telah menjalankan siasatan mendalam berhubung kegagalan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, anak syarikat Boustead Holdings Berhad, untuk membekalkan enam buah LCS untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.

Diterbitkan oleh Zack Baharum

Leave A Reply

Your email address will not be published.